Kesan Selepas Menggunakan Rumpai Laut
- Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
- Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
- Memejalkan payudara, otot dan punggung
- Menyihatkan rambut dan kuku
- Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
- Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
- Mengurangi selulit
- Memberi tenaga
- Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
- Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
- Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
- Merawat penyakit gout
- Mencegah kanser/tumor
- Menurunkan tekanan darah tinggi
- Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
- Anti bakteria/kulat
- Merawat anemia
- Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
- Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
- Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
- Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
- Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
- Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
- Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
- Menberikan rasa kekenyangan (diet)
- Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)
Khasiat Rumpai Laut
- Nilai nutrisi kolagen ni 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil RM 300)
- Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (RM 400 hingga ribuan ringgit)
- 24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang
- PH bernilai 7.6
- KALSIUM – 37x yang lebih tinggi daripada hati ikan
- ANTIOKSIDA – 550x lebih kuat dari vitamin C.
- VITAMIN A – 40x lebih hebat dari Beta Carotina atau 638x lebih hebat dari daging lembu
- PROTEIN – 21x lebih banyak dari susu
- OMEGA-3 dan OMEGA-6 – 2326x lebih banyak dari ikan
- Tumbuhan yang mempunyai banyak mineral di dalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, potasium, vitamin B6, B12, C, A, Omega-3 dan Antioksidan.
- Kaya dengan Omega-3 yang akan membuat kulit KENYAL, KENCANG dan TEGANG.
- Penuh Dengan KOLAGEN
- Kandungan SERAT yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.
- Kandungan IODINE yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat berbahaya seperti plumbum yang boleh mangakibatkan kanser darah dan kanser tulang.
Rumpai Laut Adalah Sumber Kolagen Asli
Apakah itu kolagen?
Kolagen merupakan serat protein kompleks yang ada pada kulit, tulang rawan, tulang dan tisu-tisu (juga di dalam kuku dan rambut). Ia berfungsi sebagai penyokong kepada seluruh tubuh badan kita. Secara kasar, 33% dari protein dalam badan adalah protein kolagen, dan 75% kulit terdiri dari kolagen.
Bagaimana kolagen berfungsi?
Sains telah membuktikan bermula usia 25 tahun, kulit kita akan mula kehilangan kolagen secara berperingkat pada kadar 1.5% setiap tahun, dan kita akan kehilangan 50% kolagen (dari usia 25tahun) pada usia 60 tahun. Bermakna, kita akan kehilangan setengah dari kolagen dalam badan bila usia mencecah 60 tahun.
Kehilangan kolagen inilah faktor utama kenapa kulit semakin berkedut, terlalu kering, rosak, nampak kusam, hilang keanjalan, rambut rosak, kuku pecah dan sebagainya.
Apakah sumber utama kolagen?
Secara semulajadi, tubuh manusia menghasilkan kolagen mengikut diet pemakanan seseorang. Lebih banyak sumber maka lebih banyak kolagen terhasil untuk tubuh.Terdapat 2 sumber utama kolagen iaitu sumber haiwan dan sumber tumbuhan. Pembekal utama kolagen terbaik adalah dari sumber tumbuhan iaitu rumpai laut. Rumpai laut mempunyai 3 gred utama iaitu gred A, B dan C. Hanya rumpai laut gred A sahaja yang boleh dimakan.
Cara Guna Rumpai Laut
- Masuk 2-3 sudu ke dalam apa-apa minuman. Contohnya air sunquick, ribena, abc,cendol, laici kang, bandung. Amalkan 3 kali sehari sahaja. Jangan ambil minuman berkafein dan berkarbonat. Jangan ambil secara berlebihan,boleh sakit kepala dan sakit perut.
- Gunakan 1-2 sudu utk sapu dimuka sebagai masker. biarkan sehingga kering (lebih kurang 20minit) dan cuci. Amalkan 3 kali sehari.
- Boleh sapu di mana-mana anggota badan seperti lengan, bahu, tengkuk atau tumit kaki bg kulit mengelupas. Berkesan utk melicinkan kulit, menghapuskan jerawat dan melembutkan kulit. Seeloknya sapu sebelum mandi. Bila sudah kering (lebih kurang 20 minit), boleh mandi
Cara Masak Rumpai Laut
- Cuci beberapa kali.
- Rendam semalaman (lebih kurang 5-8jam).
- Kemudian cuci lagi beberapa kali.
- Rebus dengan air biasa. Nisbah utk 100gram = 2-2.5 liter air.
- Masak dengan api perlahan dan kacau sehingga rumpai laut cair.
- Biarkan kolagen sejuk dan simpan didalam peti ais.
Pengenalan Tentang Rumpai Laut
Apakah itu rumpai laut?
Sejenis tumbuhan herba yang ditanam secara terapung di laut. Terdapat banyak di daerah Semporna atau Sabah kerana ia sebahagian daripada projek kerajaan Malaysia.
Apa khasiat rumpai laut?
Untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman, mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik kerana rumpai laut mempunyai banyak kandungan mineral yg diperlukan oleh badan manusia.
Adakah penggunaan rumpai laut ada kesan sampingan?
Penternakan rumpai laut tidak menggunakan apa-apa baja atau racun kimia. ia dibiarkan tumbuh sehinggga matang sebelum di pungut. Rumpai laut yg dipungut akan dijemur atau stim sehingga kering, kemudian dijual. Maka, tiada apa-apa campuran bahan kimia,perisa,pengawet atau perwarna tiruan. Tiada kesan sampingan.
Siapa boleh mengguna rumpai laut ni?
Lelaki dan perempuan kecuali perempuan baru mengandung atau lepas bersalin dan kanak-kanak dibawah 2 tahun. Bagi kanak-kanak bawah 10 tahun dihadkan pengambilan 1-2 sudu sehari sahaja.
Kenapa rumpai laut berubah warna dan ada kristal putih?
Kristal putih adalah garam laut. Ia akan hilang apabila dicuci. Warna rumpai laut berubah mengikut tempoh jemuran tetapi jangan risau. Khasiat tetap sama.
Adakah harga rumpai laut berlainan warna adalah berbeza?
Harga rumpai laut adalah berbeza mengikut warna kerana ia memerlukan tempoh jemuran yang berbeza untuk setiap warna. Biasanya pembekal yang menetukan perbezaan harga tersebut.
Beza rumpai laut hijau,ungu dgn kuning?
Khasiat rumpai laut hijau lebih tinggi dari ungu. Manakala rumpai laut ungu lebih tinggi dari kuning.
Berapa lama rumpai laut belum dimasak boleh bertahan?
Setahun lebih jika tidak bercampur dgn apa-apa bahan atau cecair.
Berapa banyak rumpai laut sekali masak?
Terpulang pada penguna. Disini saya bagi sedikit cadangan,
- Untuk 50 gram rumpai laut + 1liter air menghasilkan kolagen yang boleh digunakan selama 1-2 minggu.
- Untuk 100 gram rumpai laut + 2liter air menghasilkan kolagen yang boleh digunakan selama 2-4 minggu.
Kalau simpan dalam peti ais sebulan, kolagen siap di masak tidak rosak ke?
Kolagen siap dimasak anti kulat. Tidak rosak tetapi pastikan kolagen ini tidak bercampur dengan bahan makanan yang lain. Contohnya gunakan sudu yg bersih semasa scoop kolagen. Jjika bercampur dengan makanan yang lain, kolagen akan rosak atau basi.
Bolehkah rumpai laut yang siap dimasak tidak disimpan didalam peti sejuk?
Mesti simpan didalam peti ais. Kalau tidak kolagen rumpai laut akan basi atau rosak.
Bagaimana rasa rumpai laut?
Tawar dan sedikit hanyir. Untuk kurangkan hanyir, rendam dgn daun pandan atau masukkan sehelai daun pandan semasa memasak. Boleh juga rendam dengan asam keping atau tepung gandum.





